RSS

MAKROPENGAJARAN DAN REFLEKSI








REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
Nama Aktiviti
Set Induksi, Langkah 1,2,3 dan Penutup
Penerangan  Aktiviti
Set Induksi: Guru menunjukkan lagu bertajuk “Huruf Vokalku”. Murid-murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.  Selepas itu, guru mengaitkan set induksi itu dalam pengajaran pada hari itu.
Langkah 1:  Guru memaparkan perkataan suku kata terbuka dan perkataan suku kata tertutup. Murid-murid membaca dan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru.
Langkah 2: Guru menerangkan cara membezakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan menggunakan contoh perkataan yang telah ditampal di atas papan hitam. Selepas itu, murid-murid cuba memberikan contoh.
Langkah 3: Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan untuk menjalankan aktiviti.  Murid diminta untuk menulis contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup di atas papan hitam kecil masing-masing. Selepas itu, guru akan memeriksa jawapan yang ditunjukkan oleh murid. Guru akan terus memberikan bimbingan kepada murid jika mereka menulis jawapan yang salah.
Penutup :  Guru memaparkan lagu “Anak Itik Tok Wi”. Murid-murid membulatkan perkataan suku kata terbuka secara bergilir-gilir setelah menyanyikan lagu tersebut.

Kegunaan Aktiviti
Aktiviti  ini bertujuan untuk membolehkan murid membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Selain itu, murid akan dapat menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Setelah akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat memahami semua maksud yang dipaparkan oleh guru. Tambahan lagi, murid juga dapat menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.

Perasaan Sebelum Dan Semasa |Menjalankan Aktiviti
               Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya berasa tertekan dan bimbang kerana sepanjang aktiviti P&P yang dijalankan harus dirakamkan. Masa untuk rakaman aktiviti P&P agak lama, iaitu selama 30 minit. Saya perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik, mengawal disiplin murid-murid supaya  mereka dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, saya juga perlu mengajar dengan penuh keyakinan. Segala perkara ini amat membimbangkan dan membebankan saya.
               Semasa menjalankan aktiviti P&P, saya berasa saya amat puas hati kerana murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Ini membolehkan aktiviti P&P saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Kekuatan Aktiviti P&P
               Saya mendapati bahawa murid berasa seronok dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar menyanyikan lagu “Huruf Vokalku” sebagai set induksi. Murid tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Oleh itu, mereka dapat mengaitkan set induksi itu dengan pengajaran saya yang seterusnya.
               Semasa memasuki langkah 1, murid agar berasa malu kerana tidak pernah dirakamkan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka sudah sesuai dengan keadaan, maka mereka sangat aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh cikgu. Semasa cikgu meminta murid memberikan contoh, kebanyakan murid mengangkat tangan untuk memberikan jawapan mereka.
               Kad–kad manila yang digunakan semasa langkah 1 dan 2 amat menarik minat murid-murid. Murid-murid berasa gembira apabila melihat kad-kad yang berwarna-warni. Di samping itu, guru juga meminta murid untuk memilih salah satu daripada kawan mereka untuk menjawab soalan guru. Dengan ini, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian semasa aktiviti P&P dijalankan dan berharap nama sendiri dapat dipanggil oleh kawan.
               Selain itu, mikrofon yang digunakan juga membolehkan murid-murid dapat mendengar suara guru dengan lebih terang dan jelas. Seterusnya dapat menjalankan aktiviti yang diminta oleh cikgu dengan tepat dan sempurna.
               Papan hitam kecil yang digunakan semasa langkah 3 adalah alat bantu mengajar yang tidak pernah digunakan oleh murid. Oleh itu, murid berasa gembira dan seronok dengan setiap orang murid mendapat sekeping papan hitam kecil dan kapur untuk menulis jawapan masing-masing.
               Pada langkah penutup pula, murid-murid dapat menyanyikan lagu “Anak Itik Tok Wi” yang pernah dibelajar oleh mereka pada minggu yang sebelumnya. Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan berasa seronok dalam aktiviti tersebut.

Kelemahan Aktiviti P&P
               Pada mulanya, terdapat sesetengah murid kurang faham tentang soalan dan arahan guru. Ini disebabkan oleh murid-murid tidak dapat membiasakan diri dalam Bahasa Melayu. Mereka sebenarnya adalah terdiri daripada murid kelas pemulihan, iaitu murid yang agak lemah dalam Bahasa Melayu.
               Selain itu, kad-kad manila pada langkah 1 dan 2 agak kecil. Murid-murid yang duduk di belakang agak sukar untuk membaca dengan jelas.
               Semasa menjalankan aktiviti di langkah 2, iaitu murid-murid memberikan contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kad-kad manila yang ditampalkan pada papan hitam membolehkan murid terus memberikan jawapan tanpa memikir contoh sendiri.
               Selepas meneliti video yang dirakamkan, saya mendapati bahawa semasa menjalankan langkah 3, iaitu aktiviti kumpulan, guru seharusnya menjalankan pertandingan antara kumpulan untuk membandingkan kumpulan mana yang dapat menjawab dengan betul dan merupakan kumpulan pemenang.
               Pada akhir sesi penutup pula, murid-murid boleh berdiri sambil menyanyikan lagu “Anak Itik Tok Wi” untuk membolehkan mereka dapat melakukan pergerakan dengan adanya ruangan yang mencukupi.



Cadangan Penyelesaian & Tindakan Yang Dijalankan
            Setelah merakamkan video aktiviti P&P, banyaklah membantu saya dalam penambahbaikan aktiviti mengajar saya. Saya dapat meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya membuat refleksi, mencari penyelesaian dan tindakan untuk menjadikan proses P&P saya dengan lebih lancar dan sistematik.
            Pada mulanya, murid kurang menyesuaikan diri dalam Bahasa Melayu. Oleh itu sebagai guru, saya haruslah lebih berkomunikasi dengan murid dalam Bahasa Melayu. Lama-kelamaan, mereka tentu akan membiasakan diri dengan Bahasa Melayu.
            Selain itu, kad manila pada langkah 1 dan 2 boleh diperbesarkan lagi supaya murid yang duduk di belakang kelas masih dapat nampak dengan jelas.
            Pada langkah 2 pula, sebelum murid-murid memberikan contoh tentang perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup, guru sepatutnya harus menanggalkan kad-kad manila yang ditampalkan pada papan hitam. Dengan ini, murid dapat cuba menggunakan kefahaman yang ada untuk memberikan contoh yang baru. Ini seterusnya dapat memupuk kreatif dan inovatif  murid untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
            Selain daripada itu, pertandingan sepatutnya dijalankan pada langkah 3 untuk memotivasikan murid supaya terus belajar. Dengan ini, murid bukan sahaja dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan, bahkan juga dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran. Seterusnya, guru boleh memberikan ganjaran sebagai pujian kepada kumpulan pemenang.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                 :  Bahasa Melayu
Kelas                                     :   1M
Tarikh                                    :   3 November 2011
Hari                                        :   Khamis
Masa                                     :   04.05 – 04.35 petang
Tajuk                                     :   Suku Kata Terbuka dan Suku Kata Tertutup
Fokus Utama: SK: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
SP: 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan:  SK: 3.4 Menulis imlak dengan tepat.
SP: 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
Objektif               :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
                          1) Memahami semua maksud perkataan yang dipaparkan oleh guru.
                          2) Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menulis, mendengar dan bertutur dengan
                                         menggunakan perkataan-perkataan yang dipaparkan oleh guru.

Kemahiran Bahasa         
a)      Bertutur
b)      Mendengar
c)       Menulis
Sistem Bahasa  
a)      Tatabahasa
-          Suku Kata Terbuka dan Suku Kata Tertutup
b)      Sebutan dan intonasi
-          Membaca dan menyebut perkataan dengan kuat dan lancar.
Pengisian Kurikulum
a)      Ilmu : i) Pendidikan Moral         
b)      Nilai :
i.                     Memberi  perhatian
ii.                   Mengikut Arahan

Kemahiran Bernilai Tambah
a)      Pembelajaran koperatif :
-          Kerjasama dalam kumpulan.


Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set induksi
(5 minit)
a  e  i o u
Huruf vocalku
Mari kita belajar
a  e  i  o  u












































Suku kata terbuka
Suku kata  tertutup
1.     Guru menunjukkan lagu bertajuk ‘Huruf Vokalku’ dan meminta murid meneliti seni kata lagu.

2.     Guru membimbing murid membaca seni kata lagu ‘Huruf Vokalku’.

3.     Guru menyanyikan lagu ‘Huruf Vokalku’ dan meminta murid mendengar.

4.     Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama.

5.     Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari ini ialah suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

1.     Murid meneliti seni kata lagu “Huruf Vokalku”.



2.     Murid membaca seni kata lagu ‘Huruf Vokalku’.


3.     Murid memberi perhatian apabila guru sedang menyanyikan lagu.

4.     Murid menyanyikan lagu bersama-sama.


5.     Murid mendengar.

ABM:
Lagu “Huruf Vokalku”, kad ayat.

Nilai:
Memberi perhatian
Langkah 1
(7 minit)
baca
ke
lari
helo
baju








lompat
goyang
senyum
tepuk
tangan


















1.      Guru memaparkan 5 patah perkataan suku kata terbuka dan meminta murid meneliti perkataan.
2.      Guru meminta murid membaca 5 patah perkataan suku kata terbuka dengan kuat.

3.      Guru menunjukkan 5 patah perkataan suku kata tertutup dan meminta murid meneliti perkataan.

4.      Guru meminta murid membaca 5 patah perkataan suku kata tertutup dengan kuat.

5.      Guru menyoal:
              i.   Berapakah huruf vokal yang kamu tahu?
            ii.   Bolehkah sebut huruf vokal yang kamu tahu.

6.      Guru menerangkan maksud perkataan satu demi satu dengan menggunakan aksi atau barang yang berada di dalam kelas.


1.     Murid meneliti perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

2.     Murid membaca 5 patah perkataan suku kata terbuka dengan kuat.

3.     Murid meneliti perkataan yang ditunjukkan oleh guru.


4.     Murid membaca 5 patah perkataan suku kata tertutup.


5.     Jangkaan jawapan:
         i.   Lima.


        ii.   a, e, i, o dan u.



6.     Murid menunjukkan aksi atau barang bersama dengan guru.
ABM:
Kad perkataan.



Nilai:
Mengikut arahan

Strategi:
Strategi  Kontektual

KBKK:
Kreatif dan inovatif
Langkah 2
(5 minit)
Suku kata terbuka


baca
ke
lari
helo
baju


Suku kata tertutup


lompat
goyang
senyum
tepuk
tangan



1.        Guru meminta murid meneliti huruf terakhir pada setiap perkataan.
2.        Guru menerangkan cara membezakan suku kata terbuka dengan suku kata tertutup dengan menggunakan contoh perkataan yang telah ditampal di atas papan hitam.

3.        Guru meminta 6 orang murid memberikan contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup secara lisan.


1.     Murid meneliti huruf terakhir pada setiap perkataan.
2.     Murid mendengar dengan berhati-hati.







3.     Murid memberikan contoh secara lisan.


ABM:
Kad Ayat dan kad perkataan

Strategi:
Kemahiran Berfikir
Langkah 3
(8 minit)
Cara menjalankan aktiviti:
1.    Setiap murid dapat satu papan hitam kecil.
2.       Murid menulis jawapan di atas papan hitam kecil mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
3.       Setiap murid perlu menulis jawapan dalam 30 saat.
4.       Murid menunjukkan papan hitam kecil kepada guru dalam masa yang ditetapkan.
1.      Guru membahagikan murid-murid kepada 5  kumpulan.

2.      Guru mengedarkan 1  papan hitam kecil kepada setiap murid.

3.      Guru memberitahu cara menjalankan aktiviti pengujian.
4.      Guru memberi arahan:
           i.   Sila menulis perkataan suku kata terbuka.
         ii.   Sila tuliskan perkataan suku kata tertutup.
        iii.   Sila tuliskan perkataan suku kata terbuka.
        iv.   Sila tuliskan perkataan suku kata tertutup.
         v.   Tuliskan perkataan suku kata terbuka.

5.        Guru memeriksa jawapan yang ditunjukkan  oleh murid. ( memberikan bimbingan kepada murid jika murid menulis jawapan yang salah.)
1.    5 orang murid dalam satu kumpulan.

2.    Setiap murid mendapat 1 papan hitam kecil.

3.    Murid mendengar cara menjalankan aktiviti pengujian.
4.    Jangkaan jawapan:

            i.   buku


          ii.   tidur


         iii.   suka


         iv.   papan


          v.   api

5.    Murid menunjukkan jawapan kepada guru.



ABM:
Papan hitam kecil,
kapur.



Strategi:

Strategi Masteri
Penutup
(5 minit )

Anak itik Tok Wi,
Mandi dalam kolam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit sendi tulang.

Ubat  apa Tok Wi,
Ubat limau lemang,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit sengal tulang.
1.      Guru memaparkan lagu “Anak Itik Tok Wi”.

2.      Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ bersama-sama.
3.      Guru meminta 8 orang murid bulatkan perkataan suku kata terbuka secara bergilir-gilir.
1.     Murid meneliti seni lagu.


2.     Murid menyanyikan lagu ‘Anak Itik Tok Wi’.

3.     Murid bulatkan jawapan.
ABM:
Kad lagu, marker pen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS