RSS

MIKROPENGAJARAN DAN REFLEKSI


REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

Penerangan  Aktiviti
                                    Guru menunjukkan lagu bertajuk “Anak Itik Tok Wi”. Murid-murid membacakan seni kata lagu. Guru menjelaskan maksud seni kata lagu tersebut. Selepas itu, murid menyanyikan lagu tersebut di bawah bimbingan guru sambil melakukan pergerakan.

Kegunaan Aktiviti
                 Aktiviti  ini bertujuan untuk membolehkan murid memahami dan membaca seni kata lagu dengan sebutan yang betul. Selain itu, murid akan dapat menyanyikan lagu tersebut berdasarkan tempoh serta melakukan pergerakan dalam kumpulan.

Kekuatan Aktiviti P&P
               Saya mendapati bahawa murid berasa suka dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar menyanyikan lagu “Anak Itik Tok Wi”. Suasana pada masa itu gembira, seronok dan riang. Murid tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Selain itu, murid juga kelihatan tertarik dengan kad manila yang berbentuk “kura-kura” yang digunakan untuk menulis seni kata lagu tersebut.
            Tambahan lagi, murid-murid dapat menunjukkan sikap berdisiplin sepanjang aktiviti. Mereka dapat mengawal didiplin dan emosi mereka dengan baiknya semasa menyanyikan lagu sambil melalukan pergerakan. Selain itu, mereka juga memupuk sikap bekerjasama ketika berlakon dalam kumpulan masing-masing.
           Oleh itu, saya amat puas hati kerana murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Ini membolehkan aktiviti P&P saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.


Kelemahan Aktiviti P&P
               Seni kata lagu yang ditulis pada kad manila kelihatan agak kecil. Murid-murid yang duduk di belakang agak sukar untuk membaca dengan jelas.
               Selain itu, selepas meneliti video yang dirakamkan, saya mendapati bahawa sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, suara guru tidak begitu jelas dan kuat, malahan suara guru agak kabur dan sukar didengar dengan jelas.
               Tambahan lagi, alat bantu mengajar yang digunakan juga agak kurang dan sukar untuk menarik minat murid. Oleh itu, guru haruslah menyediakan lebih banyak alat bantu mengajar supaya dapat memotivasikan murid belajar dan seterusnya meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P.

Cadangan Penyelesaian & Tindakan Yang Dijalankan
            Setelah merakamkan video aktiviti P&P, banyaklah membantu saya dalam penambahbaikan aktiviti mengajar saya. Saya dapat meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya membuat refleksi, mencari penyelesaian dan tindakan untuk menjadikan proses P&P saya dengan lebih lancar dan sistematik.
            Kad manila yang ditulis seni kata lagu tersebut boleh diperbesarkan lagi supaya murid yang duduk di belakang kelas masih dapat nampak dengan jelas. Ini membolehkan murid dapat mengikuti pelajaran bersama-sama supaya tidak ketinggalan.
            Selain itu, guru juga boleh menggunakan mikrofon semasa menjalankan aktiviti P&P supaya semua murid dapat mendengar dengan jelas dan teliti. Seterusnya, menjalankan aktiviti tersebut dengan tepat dan sempurna.
            Tambahan lagi, guru juga boleh menyediakan topeng-topeng anak itik, topeng Tok Wi atau pakaian Tok Wi sebagai alat bantu mengajar supaya aktiviti P&P dapat dilaksanakan dengan lebih menarik dan berjaya.
            Dengan melaksanakan refleksi pengajaran seperti ini, saya yakin bahawa saya akan dapat merancang aktiviti P&P saya dengan lebih menarik dan berkesan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS